LAWAT EFASHA E-BEAUTY DI FACEBOOK

“Peniaga yang benar dan amanah bersama dengan para nabi, siddiqin dan golongan mati syahid” (Riwayat al-TIrmizi, bertaraf ‘hasan’).

Tuesday, March 5, 2013

TIPS MUKA FLAWLESS





Memiliki  wajah  yang  "flawless"  memang  menjadi  idaman  setiap  orang  terutama  sekali  golongan  wanita.
Lambakan  produk kecantikan  pada masa ini sudah tentunya menjadi tumpuan  setiap  wanita  dalam usaha  menjaga  kecantikan  wajah. Dalam  mencuba  pelbagai produk, jom kita  amalkan  tips-tips  ini  untuk mendapatkan  hasil  secara semulajadi! =)

TIPS  MENDAPATKAN WAJAH  FLAWLESS!


1. Ambil tepung pulut dan campurkan sedikit air. Sebelum tidur, sapukan di bahagian muka anda dan apabila bangun pada keesokkan harinya, cuci muka anda dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.

2. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke kulit muka anda. Biarkan selama tiga hingga lima minit sebelum dicuci sengan air suam. Amalkan selalu bagi menampakkan kesan yang ketara.


3. Kisar dua biji buah tomato bersama sedikit gula dan air. Tapiskan dan minum airnya di setiap pagi. Lakukan sekerap yang mungkin agar kulit muka anda bertambah licin.

4. Ambil wap air nasi atau buih atau yang sedang ditanak. Sapukan pada muka anda dan biarkan selama 30 minit. Lakukan setiap hari dan anda boleh lihat hasilnya.

5. Ambil sedikit beras dan rendam selama dua hari. Kupas sengkuang dan kisar bersama kunyit serta beras yang telah direndam tadi. Sapukan pada kulit muka anda setiap hari dan lihat hasilnya.


SELAMAT MENCUBA!!! =)



No comments:

Post a Comment